ASK History

Bercakap tentang sejarah. berapa ramai antara kita yang tahu sejarah? paling tidak ingat tentang sejarah sendiri. okey. Berdasarkan pemerhatian saya, tak ramai... tak ramai yang PEKA dengan sejarah. sebab apa? sebab tak minat. membosankan. saya sendiri mengaku, agak membosankan. kenapa membosankan? sebab kita disuap dengan information yang salah atau tak tepat. sejak dari bangku sekolah lagi kita belajar sejarah yang tak tepat. dan kronologi sejarah tu sendiri disusun untuk membuatkan kita bosan dengan sejarah. kenapa? sebab itu yang mereka mahu kan. siapa mereka? sy boleh petik sesiapa sahaja, tapi saya mahukan jawapan dari anda.

Point Penting

Kenapa kita perlu belajar, atau paling tidak pun tahu tentang sejarah? sebab sejarah merupakan medium penting utk kita belajar dari kesilapan orang2 terdahulu. Even kitab2 seperti Taurat, Zabur, Injil dan akhir sekali Al Qur'an menceritakan segaja pengajaran yang boleh kita ambil iktibar dari umat2 yang terdahulu. Jadi, kenapa kita degil sangat nk belajar sejarah? tepuk dahi, peningkan sendiri. 

Sekarang dah banyak info2 yang pengkaji share untuk kita secara percuma. kita yang terlalu malas untuk ambil tahu. jangan sampai orang lain manipulate sejarah kita dan sejarah kita sendiri yang memakan diri kita sendiri. 

Peranan Analysis.Statistic.Knowledge. Do it

Nak diceritakan, saya adalah sejenis makhlok yang dahaga kan informasi (kecualikan info2 politik). Laptop saya ni penuh dah dengan sumber2 yang saya download utk bahan bacaan sy pada hujung minggu. Segala info2 yang boleh dimanfaatkan saya sedot sehabis mungkin masok dlm laptop sy. Al maklum lah segala nya free. (kui3). 

Disamping tu, cara saya collect info ni dari perbahasan dengan kawan kelas, officemate, etc. bagi saya, dengan cara tu saya boleh bertukar info. Tapi malangnya. Saya boleh katakan dalam 10 orang yg saya ajak berbahas, hanya 1 orang sahaja yang bg feedback yg berguna. lagi 9? merapuii.... agak kecewa la kan dengan sikap2 mereka ni. Cube tanya pasal english league.. silap haribulan kita balik kene bahan. adui. (awal2 nk kata, saya bukan fan English League. harap maklum)

Bile jadi macam ni, terdetik dalam fikiran saya, "gile selfish. kumpul info untuk diri sendiri??". Timbul lah idea ASK.DO ni.. Sebab segala info yang saya collect, bukan kutip bodoh je. saya kutip, analisa, cross reference, survey, dan akhirnya dapat hasilnya. Keputusan yang saya dapat tak semestinya tepat. Jadi, disamping saya share kan, pendapat dan hasil kajian anda2 semua amat lah dialu2kan untuk dikongsi disini. Saya harap anda semua bersikap professional, guna kan kajian dan intelektual anda dalam mengemukakan fakta. cakap kosong saya tak berapa nk pakai sangat. bukti tak kukuh.

Share It!

Akhir sekali, dengan segala kemudahan yang tersedia, marilah kita sama2 mendidik masyarakat kita agar lebih peka dengan fakta2 dan sejarah negara kita. Agar kita boleh memanfaatkan sumber itu untuk meningkatkan taraf intelektual dan pengetahuan kita. Cukup2 lah duduk bawah tempurung. sesekali kena keluar hirup udara segar. kan? :p


No comments:

Post a Comment